Tuesday, February 2, 2016

B*D*H tu simpan-simpan sikit

WOI..CAKAP CANTIK SIKIT!!!!




gimik je tu..hehe

fuh2..
bersih2 sikit..
lap2 sikit..

wow..berhabuk siot..haha..
btw Assalamualaikum dunia..yeahh...
lama dah tak menulis, sibuk cari kerja, dpt kerja, berenti..dpt lg..alhamdulilah..
so sejak kebelakgan ni..sejak kita dihimpit dengan kegawatan ekonomi..dengan keadaan yang agak membebankan.. DUNIA alam maya sentiasa maju kehadapan, tidak pernah tidur, tidak pernah berfikir untuk berhenti seketika, tak pernah "take 5" , tak pernah, selalu menuju kedepan, bak kata orang,
 lu lambat, lu tinggal


so straight to the point,




Hari ini ramai orang mahu popular.
Hari ini ramai orang mahu jadi selebriti.
Hari ini ramai orang mahu banyak follower.
Hari ini ramai orang mahu banyak Like.
Dunia sudah semakin berubah.


yela..fon sentiasa kat tangan, semua canggih2, pantang ada benda pelik sikit, bwk keluar fon, aku pun tak terlepas gak wat benda tu, tp sekadar untuk simpanan sendiri, tak upload pun.. kalau tengok dekat Malaysia sahaja, terlalu banyak benda yang VIRAL, kalau viral benda baik tak pe la gak, ni tak, lebih memalukan diri sendiri, last2 yg tukang upload tu kene balik, dia bajet benda yang dibuat tu semua nya betul, banyak yang cuba menegakkan benang yang basah ada la,



- hanya kerana nila setitik-
   ko viralkan pasal org tu buat benda yang ko rasa salah, pastu ko salah kan 1 bangsa dia gak, semua
yang sama mcm dia semua salah, Seorang budak Melayu mencuri bla2.. semua Melayu kena, ah cheng didapati bersalah kerana rasuah, Kumar bertindak kasar dengan warga emas, mcm2 lagi lah hanya kerana meraka yang diviralkan (dipersalahkan) jd semua pun kena tempias, tak syok la..ye dlm setandan pisang tak semua cantik, ada yang busuk dan setandan pisang gak tak semua busuk,ada cantik gak..tak gitu.. ?!secara tak langsung, ini akan menjadi fitnah?dan kalau tak dibendung akan meleret..ini sgt 
  merbahaya, "hello, bukan semua mcm tu hokay" kata seorang kakak kepada adiknya :p





- I'm always right - 
  yezza.. ini merbahaya, contoh, bila kita dlm 1 situasi yg agak buruk berlaku, kita pun tangkap gambar dan rekod video, so kita pun upload, secara tak langsung, kita hanya membela diri kita sahaja dan menagih simpati agar agar mendpt LIKE n Share,

  dan bila benda ni dah jadi VIRAL, meletop, dah hot, dah sensasi, Netizen akan percaya tindakan yg kita buat tu adalah betul dan orang itu salah, kerana mereka hanya mendengar dari sebelah pihak.. padahal apa yang kita buat tak semestinya betol, dan orang yg diviralkan tak semestinya salah, 
  dan secara tak langsung juga akan menimbulkan masalah, kemungkinan besar keluarga akan terlibat sama (semoga dijauhkan)
  cth : memaki hamun makcik cleaner kerana memarahi ko membuang sampah merata, rekod video and cakap makcik cleaner tak sedar diri or dah mmg kje die ke apa, padahal ko sendiri tak de kesedaran sivik..contoh..hehe










- Jantan La sikit- 
   yup..bila kita ada masalah dengan org, so kita rase kita betul, kenapa nak perlu heret benda ni sampai nak viral,
 kenapa tak settle kan saja antara korang, yup..benda kecik2 tak perlu nak viral, kerana akan bg impak besar nnt

  cth: maki hamun jiran sebelah sbb kucing die slalu berak kat rumah kita, bek g jumpe die sound je or nasihat 
 sediakan jamban tok kucing die ke ape ke..klau dah tak dgr sgt..bru viral..mihahahahaha..









- Buat malu orang jer - 
   Seperti biasa apa yang ko pos or viralkan tak semestinya betol, malah lebih meludah kelangit jer..
bawak motor mcm pelesit, kne maki ngan polis ko ckp polis kuang ajo, parking tempat OKU, pastu marah guard kenapa die clamp kete ko. byk lg la..dah jadi macam tu pun tak sedar lg..tu la..dulu org suruh g sekolah ko serong..haha..nak juga tegakkan benang yang basar, betulkan benda yang terang2 salah..tak nak ngaku diri tu salah..
   haish,..mrh btol la..haha
   bila dah tau salah, tak nak mintak maap, lg berganda2 ngoknyer..cuba belajar terima hakikat yang kita tu salah, dan perbaiki diri sendiri, tak perlu cari geng dekat alam maya supaya jd pembela ko, silap hari bulan, sume dok hentam ko..yer la..pastu g report polis sbb dpt ancaman dri netizen.. bermula nye dari siapa..ekau jugo yang mulonyo..haha..
Ibarat jumpa taik tgh jalan, pastu geli dgn taik, padahal tgn sendiri lupe nak cuci, ada saki baki lagi..hahaha..





-Lepaskan apa yang tersimpul - 
gaduh2 buat apa..menang jadi arang..kalah jadi abu..face to face, igt..JANGAN LARI DARI MASALAH..before u upload..before u viralkan. please think..sila hubungkan sel2 otak anda..haha
post ini tak berniat pun nak sakitkan hati sesiapa, sekadar mengingati diri sendiri dan sahabat handai
kita ada Agama, bangsa dan negara, kalau bukan kita, sapa lagi nak jaga.


No comments: