Monday, February 7, 2011

corat-coret- cunnyer, anak saper la nie ;p

seminggu 2 nie bz jer memanjang..
mngalahkan pm bz nyer..;p
aper2 pun salam all..
so per cer korunk ari nie..
dah gaji nnt jgn luper aku..;p
ok2..

sebagai lelaki..
aku tak terlepas ckp mcm tu klau ader awek cun lalu..
huh..menggugat iman..;p
tipu la bro2 n der2 tak ckp..ngeh2.
so sis2..jgn bangge plak..
tp korunk kne bangger psl korunk wanita or perempuan or kaum hawa dan len2..
peningkan..mksud aku..kelebihan korunk jadi wanita..aper untungnyer..aper spesialnyer..
ha..
nie nak habaq mai nie..;p




* Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

* Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

* Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

* Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

* Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

* Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

* Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

* Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

* Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

 * Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

 * .Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

 *Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap       wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".


* Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

* Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

* Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu- pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

* Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

*  Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

* Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

* Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

tu antara2 kelebihan yg ader..
so best tak jd ppuan
aper2 pun nak share satu video dari ustz kazim elias..
psl ppuan..MUST SEE..MESTI TGK..WAJIB..
hehe..



dah tgk blum..
tgk la..
best..
blajar smbil gelak2..;p
aper2 pun berbangge la korunk jd wanita..
klu kite tgk sejak 2 menjak nie..
ppuan asyik ditindas..
skit2 ppuan..
sian kat ppuan...
dah la lembut, haha..
aper2 pun be a gud gurlz
pastu kalau kite tgk..ppuan nie..byk kesusahan yg kite nampak dari mata kasar..
tetapi sebaliknya..
ha....
ader hikmahnyer korunk tak dpt tu..;p


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak   sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.
7. talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dlm beribadat karena masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.


so sis..jgn kecik hati..
tgk hikmahnyer plak ;p


Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika karena melahirkan adalah syahid.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang Wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat saja : Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata


kan..
btol tak..
istimewanyer ppuan nie..
so lepas nie..jdlah ppuan yg soleh..
ttp la aurat..
ha..
sbut psl aurat nie..
knaper awek2 kat sner tak nak pkai tudung..
kan manis kalau bertudung..tol tak..
nie tak..
muler2 bertudung..
pastu tetibu bkk..
tgk rmbut..
ala..
bru lepas rebonding..
alahai...per cer...
lg elok kowt pkai...(tetibe ter emo..;p)


patut la semakin ramai nak jd ppuan..auwww..;p


No comments: