Sunday, December 30, 2012










salam..yooo..
bru 1st time join contest..
giler nebes..
haha..
to owner blog ZyraRoxx's Blogbuster
gua dah join lu nyer contest..
lu nyer blog mmg carek..
harap lu suke ngan gua nyer makian2 disini..haha..

to readers yg len..
meh la join..tak rugi..
dpt berkenalan bloger yg len..
dpt tambah rerakan yg len..
di taun 2013..
yeahhhh..
taun mencari jodoh..wahaha..aminnnnn




bek korang joint..kalau tak..tak kwn korang..muhahahaha..

Friday, December 14, 2012



hari tu aku lepak ngan member aku..
so lepak2 aku mcm tak banyak berbual n byk men game..
so dorang tegur la.






member : Eh ko nie dah kenape?monyok jer dari td..
aku        : tak der per..bese jer..(malas nak bising2)
member : ko jgn mcm nie..kite kwn..ader prob kasi cerite..ssh snn kite bersama
aku        :erkk..(sambil terkejut tgk die ckp mcm tu) masalh duit n masalh hati..
member : yang hati tu cube ko cite..yg duit tu konpom tak leh tlg..


so bile dah cerite..
dah story morry..
die bagi jawapan yang sgt bernas..
dengan lantang dan bersahaja..
HAK ALAH KO..RILEKS2 SUDAH
ouhhh...itu jer jawapan ko..
penat la aku bercerite..
aku dah berjanji yang akan aku mungkiri..
pasni aku tanak citer dah..
ever n ever..
haha...

semenjak dua menjak nie...
aku tak tau la..
ape yg runsingkan kepale aku..
itu tak kene..
ini tak kene..
kadang2 benda simple jer..
tp die punya tak de mood tu..
alahai..
cam dowwhhh jer..(shortform dari B*d*h)

klau dalam citer hindustan rahul (SRK) 'kiya huwa' eh..tol ker.. ;p



ape masalah aku ek..plzz..somebody helpme!!

Thursday, November 29, 2012


"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"

"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?

Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.

yeahhh..salam all..
lamae dah tak berkarya..
bz banget..menolong org tuaku mencari rezki..
btw sekarang tgh demm piala Suzuki AFF..
berharap sgt Malaysia mng lg skali..juara lg skali..aminnnn ;)

btw now nak berkarya mengenai anak sulung..
anak sulung ni anak yang pertama didalam keluarga.
yg ke 2 angah, and then achik,andak and bla2..
last skali ucu..sbb bongsu..

so anak sulung..ermmm..ramai anak sulung kat malaysia nie..
anak sulung selalu menjadi harapan keluarga..
menjadi contoh kepada adik-adik..
mcm mana adik-adik die..
tgk abg die mcm ne..
abg or kakak..
selalu kalau kakak yang jadi anak sulungg..
wowww..garang giler kowt..
kalau abg yang jd anak sulung..
garang tetap garang gak..
tp boleh kautim maaa.. ;p

Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??
Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?
Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.
Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?

Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baik hati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah.

so kepada anak-anak sulung diluarsana..
bukan anda sorang yang menghadapi masalah ini..
semua anak-anak sulung didunia ini menghadapi dengan tabahnya..
so BERSEMANGATLAH!!!!!!!!!!


kredit to iluvislam.com


"Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

Wednesday, October 3, 2012




olla all..
pe cer..
ok ke semua nye..
hope ok la ek..

so ape yang aku nak cite kali nie adalah harapan dan impian, or lbh kepada angan2 yang ingin kita capai..
tak kesah lah korang nak mane satu..yg penting maksudnya sama..
so bg aku semua org ada impian yang ingin dicapai dalam hidup masing2..
kalau mase kite kecik dulu.. cita2 la ek..
cikgu - amar (bukan nama sebenar ;p) bila besar nnt kamu nak jd ape..??
amar - jd pegawai bank (perasan tak..mase kita kecik je..klau tanye psl cita2 sume nak jadi yg beruniform
                                      or yang berpangkat besar senang citer yang hebat2 la..tak der saper pun nak jd
                                       bisnesman ke? ahli sukan ke? aper2 je la..tak kan.. : | )
cikgu - bagus lah kalau mcm tu..balajar rajin2 (konfrm mesti ckp mcm tu nyer..)
tp sedar tak sedar cita2 kita akan berubah dari semasa ke semasa dan  mengikut keadaan.. ;p

kalau cakap pasal impian aku rase setiap orang ader impian yang hebat2 kan..
kalau nak kereta - dia lah yang paling hebat
kalau nak rumah -  dia lah yang paling besar
kalau nak bini/ suami - nak yang ala2 model gitu
die lah yang hebat
org lain tak..haha..

so..back to the points..
aku punya impian..dan apa yg aku harapkan in my life is...


yeah..
BMW 320i
so sexy..
so nice..
so damn sexy..
1 day i will got it..






yeahhh..
note 2..
dah lame idamkan note sebenarnya..
tetibe plak kuar note 2..
owh..dammit..
mmg kne dapatkan...
akhir tahun nie k..
insya Allah.. ;)
Rebat untuk Belia (21-30 tahun)
RM200 untuk pembelian telefon pintar..
its goods news right..








so setiap org nak ader asset sendiri..
i think masenye dah smpai tok aku memiliki rumah sendiri..
kalau boleh nak beli..tak nak la sewa..(dah kate esset kan..)
so baru2 nie perdana menteri kita ada bentangkan bajet 2013
so dalam perbincangan tu P.M kita ada menyatakan..
RUMAH PERTAMAKU


KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.9 bilion untuk membina sebanyak 123,000 unit rumah harga berpatutan akan dibina di kawasan-kawasan strategik mulai tahun depan, kata Datuk Seri Najib Razak. 

Antara bandar utama itu ialah Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Johor Baharu (Johor), Seremban (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang).

so kerajaan dah bg kemudahan tu..
gunakan la sepatutnya..
(entri ini tidak berbau politik ok)








yup..
9/10 rezeki tu dari perniagaan..
btw aku pun ngah running bisnes mak aku..
its fun to get in bisnes
kene pndai layan customer..
deal dengan pemborong..
think next strategy
n kita dapat la habuan apa yang kita usahakan..
aku rase setiap org perlu ada bisnes sendiri..
tak kesah lah kecil ataupun besar..
atlest ader sedikit income yang kita usahakan dari diri kita sendiri..
dengan slogan
"kita bos, kita jua lah pekerjanya"
haha









owh..
aku ader camera dslr..
tp yg bese2 jer..
aku bersyukur, tp tak salahkan untuk dapat yg lebih baik..;p
tak mahir mana pun..
just kagum dengan gambar2 yang membawa 1001 criter didalamnya..
kadang2, kita tak perlu berkata2..hanya diam dan senyap
so, lets picture talk..yeahhhhh
p/s - org yg belakang camera lg penting dari camera
fikir2kan...slamat beramal..hik2..






ketua kelas - bangunnn..selamat pagiiii cikkkkgguuu...
dak kelas-selaaammaatttt ppaaggiiii cciiiikkkkgguuu...
cikgu-duduk semua.bukak buku teks m/s 42. lepas itu buku pemahaman hantar kedepan sekarang
mestikan mcm nie semua..kebanyakan la..
yup..
dulu aku teringin sgt nak jd cikgu..

ibarat menjadi lilin untuk penyuluh anak bangsa..
tidak mahu bangsaku dipinggirkan lg..
tidak mahu bangsaku layu ditasik madu..
akan ku turunkan segala ilmu kepada bangsaku
agar tidak lg meraba dalam terang..

wahhh..nie spontan abis nie..serius..hahaha...
tp cita2 mcm mkn dek ditelan zaman..
dah besar2 nie..
mcm mls plak..
mcm bnyk je rintangan nyer..adehhh..
tp tak kesah lah kat mana pun..
asalkan boleh dicurahkan ilmu...
asalkan ada "guru" dan "murid"
tidak kira dimana sahaja..
itu juga dipanggil pembelajaran..
kan.. ;p

lately aku suke tgk drama jepun.. G.T.A (Great Teacher Onizuka)
cite die mmg best..aku bg sinopsis skit la ek..
aku tau  citer nie dah lame..
tp mmg best la..(best gilerrr..for me ;p)
citer dier mengenai seorang gangster(onizuka) yg mahu menjadi cikgu kerana ingin menyatakan
yg ilmu itu penting..tak ruginye pergi sekolah..walaupun agak membosankan..ha..pham tak..hak2..
so criter tu die dpt klas pling jahat dlm skolah n then student dlm kelas tu mmg benci akan onizuka n nak buang die dari skolah..dengan menggunakan pengalaman dan ke"bijaksanaan" di dapat menyelesaikan satu persatu. sgt seronok menonton. semagat putus asa tu tak penah pudar dlm diri dia..
walaupun dicaci dan dihina.. myb cara dia agak kasar dan membosankan..tp benda yang nak disampaikan itu sangat berguna pada student2 nye dimasa akan datang..owh..syok gileee..
korunk kne tgk tau..nnt aku cari download die..n then aku letak kat sini..aku ader citer tu..
tak kan nak copy kowt..nak plak korang jumpe aku..hik2..




lastly impian aku nak g melancong..
yeah...

nak g satu dunia kalau boleh..
nak tgk tempat2 bersejarah..
nak tgk tempat yg slalu org pergi..

pastu msuk fb..n tag..owh..jeles giler..
nak g masuk hutan..tangkap gambar..
nak g pantai..
nak g air terjun..
seriously aku rase mcm dak2 plak..
tp itu lah yg aku rase..haha..



rasenye smpai sinilah harapan dan impian aku..
yang besar2 dan memerlukan target, jiwa yang cekal untuk memenuhi impian aku ini..
so aku harap korang wat la entri mcm nie juga yer..
Harapan dan impian..
pastu letak link korang..
aku nak bace ape impian korang..
btw aku rase nak buat entri harapan dan impian Part 2 la..
akan difikir2kan..
soooonnnnn

owh..u know what..I'm working on it..yeah baby..

Monday, September 17, 2012

salam all..
wahh...
lame dah tak update kat sini..
bz beb..
raye pun dah abis...
slamat hari raya semua..
tak dulik la..keke..

btw tajuk tok entri kali agak berani dan mencabar..
haha..

''aku nikahkan dikau dengan bla.bla.bla.bla...''
''aku terima nikahnya bla.bla.bla.bla.bla..''


seram kowt mase nie..gugur jantung..hik2..




saje je wat gempak..
haha..nie mase aku jd pengapit sedare aku kat jb..
btw die baru pas jd raja sehari mase hari raya ke 6..
org kate ape..
amik berkat..cewah..hahaha...


haaa...jgn terkejut k..wakakaka..
bukan senang nak pegang jawatan tu..haha

nnt aku update lg..
byk lg yg aku nak konsi kan ngan korunk..
daaaa...




Thursday, July 5, 2012

Salam all.
huhu..
sedar tak sedar kita dah nak puase dah..
yeayy...
dah nak RAMADHAN dah...
so sape tak ganti lg pose..
bek ganti cepat!!!!!!!!..
go2..
so myb tak sampai sebulan  ..
aku asyik on9 sahaja..
tgk news..
update dari mmber2
tgk perkembangan dunia..
yup..
igat tak hari tu..
masa rasa gegaran sekejap..
setetengah tempat kat malaysia rase gak la..
after 5 or 10 minutes
BERDERET keluar status psl GEGARAN td (mase tu)
ada yg wat status

jenis yang tak bersyukur..org lg tak nak rase ader la..;p

"eh korunk rasa tak gegar td, asal aku tak rase..alaaaaaaaaa... ;( "



jenis yang doakan org disana selamat - (aku ke)

''aku harap dorunk kat sana selamat..aminnnnnn.. ''



jenis yang amik kesempatan..;p
''awak..awak jgn takot ek..klau awk tkot..call je saya''

jenis yang update perkembangan terkini..
-die just share apa yg org update psl tsunami
- shared psl call org2 tersyg ada kat mana apa sume
-shared psl yang perlu dibuat kalau apa2 terjadi (ader kerr..)

itu antara la..
pastu yang baru2 nie..
terjadi satu perhimpunan BERSIH...
yup..
aku yakin semua org tahu..
benda yang sama..
kita just on9 sahaja..
dekat fb..
pastu kita pun dpt tahu apa yang berlaku dekat sana kan... (secara amnya lah..yg pegi lg tau kat sna mcm mana)

so back to my points..
kenapa orang selalu on9..

24 jam..

7hari seminggu.....

myb ader sebab tersendirikan.. ;p

so dlm on9 tu..
aku ader terbace satu artikal..
kita ini dari golongan mana?

tak pham kan..
ok..

so kat bwh nie ada gologan2 tegar yang on9 FB..
korunk yg mana satu..ce pilih..

PENDIAM

tak pernah komen..
tak pernah like
tak pernah post
kira nye tgk dari jauh jer la..pemerhati..
tp baca semua apa yg kawan2 bualkan or tuliskan kat wall masing2..
dan bandingkan dorunk kat public (mane yang kenal la)












JAM LOCENG


jenis nie dorunk rasakan yang keje dorunk post
GOOD MORNING
setiap hari..
itu je..












MR / MS POPULAR

Mempunyai kwn 1k or 2k..
but..
NO REASON!!!!













GAMER


play "Mafia Wars"
"City Ville" , "Farm Ville" , "Fish Ville"
mcm2 lg la..
siap invite lg ajak men game..perghh..semak gile..sory to say
mcm2 game lg la..
ALL DAY!!!!!






EMO


selalu tak puas  hati dengan kehidupan di sekarang..
itu la tak kene..
ini la tak kene..
kadang2 ok la kan..
klau selalu..
semak la gak.. ;p -aku pun kenkadang mcm tu gak..wakaka ;p





PROMOTER


selalu invite / promote tentang apa yg dijual or nak smpaikan..
yg nie tak pe..kenapa aku ckp tak pe..last sekali aku ckp..hik2..






PENCURI

bukan curi duit la..
curi status..
nmpak cun skit..
kasi COPY N PASTE..












DRAMA KING /  QUEEN

jenis yang nie akan selalu update benda yang propa2 je..
kejap mcm nie..
kejap mcm tu..
mana satu yang betul pun tak tau..
padahal kalau realiti..
di pendiam kowt..tak byk ckp je..
kalau kat alam siber..jd mak jemah kowt..sori to johan..nie watak die.. ;p














PEMBERITA


jenis nie bagus skit la..
update benda yang berfaedah..
information2..
bagus2..teruskan..






KAKI LIKE


yang nie best gak..
LIKE tak per lu kata apa2..
;p



plz like Fan Page disebelah kanan..thanks..

Wednesday, April 11, 2012




Assalamualaikum.. Kehadapan si dia yang berada di mana jua, moga kehidupanmu diredhai Allah. Aku masih di sini. Seperti biasa. Melewati masa-masa kehidupan dengan hati yang penuh tabah. aku hadapi semuanya dengan hati yg tabah..dengan senyuma yang pahit!! ;)
Pertama sekali,
aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku. Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah pencipta.



 Si dia,



Pada mulanya, aku menyesal dengan keputusanmu. Meninggalkan aku ketika hati masih sayang, kasih dan cinta. Sungguh aku menyesal. Tapi cuba kita berfikir sejenak, selama kita bercinta, segala perintah Allah yang telah kita kerjakan bersama? Yang wajib? Tidak ada. Yang sunat, lagilah tiada.
 Pernah tak setiap kali kita keluar bersama, kita berhenti di mana-mana surau berdekatan untuk mengerjakan solat? Pernah tak? Pernah tak kita mengelak dari berpegangan tangan di khalayak ramai walaupun pada bulan Ramadhan? Pernah tak? Pernah tak kita berasa malu, ketika kau memegang pinggang dan bahu ku ketika bersiar-siar di shopping complex?
 Semua tu terjah di fikiranku selepas kau membuat keputusan meninggalkan aku.
Pada mulanya, aku nekad untuk kembali meraih cintamu. Aku cuba. Aku usaha sedaya upaya aku, aku pedulikan semua kata rakan2 ku..bak kata org putih (fight for our love) ;p.
Tapi untuk apa? Jika kita bersama kembali, mungkinkah terjamin kita tidak akan melakukan perkara yang sama seperti dahulu?









 awak,
 Aku tidak menyalahkan kamu sepenuhnya. Aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempunyai iman yang kuat, tidak mengalih pandangan terhadap kaum hawa, tidak menolak lamaran cintamu dulu. Aku lupa betapa tingginya darjah seorang wanita. Aku lupa betapa tingginya malu yang perlu ada dalam diri seorang wanita. Aku leka. Aku lalai.
Bagi ku wanita adalah insan yg perlu di hormati sekali dlm hidupku..kerana wanita adalah seorang insan yg tabah dlm menghadapi segala dugaan yang melanda, segala ujian yang mendatang..dirimu begitu berharga buatku.



 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)











sayang,
Betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan sepanjang kita bersama. Dosa yang ada sebelum kita bercinta pun susah hendak ku tanggung, ditambah dosa selepas aku mengenal erti cinta. Terlalu banyak, tidak mampu untuk dikira. Ya Allah.. Kau masih tidak sedar aku akan semuanya itu. Aku bersyukur seandainya pilihan barumu tidak seperti aku, aku bersyukur.Semoga dia membimbingmu ke jalan yang benar. Aku berdoa, berharap dan terus berharap ;)sememangnya kau membuat keputusan yang tepat tentang masa depan mu..









dikau,
 

Selama ini aku sangka kan apa yan aku buat semuanya betul, tepat dan tidak meleset. sebab kau tiada bantahan atas perbuatan ku itu, Cinta tidak buta seperti yang diperkatakan orang lain. Cinta yang menyebabkan kita buta.  kita yang menyelami cinta itu ke dasar yang paling dalam sehingga kita lemas bersama, kita yang bersalah, bukan mereka.











kamu,
Jika kamu terlalu menyayangi cinta barumu itu, bimbinglah dia bersama-sama untuk kembali menjalankan perintah Allah. Lamarlah dia sebagai suamimu/isterimu. Jangan berikan harapan palsu sebagaimana kau pernah berikan padaku dulu. Jadikan dia sebagai yang halal untukmu. Aku berdoa dan terus berdoa.Untuk menerimamu kembali sebagai kwn seperti yg kau minta,













kau yg pernah ku cintai,

untuk mencari pengganti dirimu buat masa kini, aku rasakan tidak. Aku tidak mahu leka mengejar cinta. Aku takut pada balasan Allah. Aku takut jika aku lalai mengerjakan perintah Allah seperti dahulu. Aku takut aku akan mencintai lelaki itu lebih dari aku mencintai Allah. aku hanya dapat berkawan dengan dirimu seperi yang kau pinta.

kalau diikutkan hati yang luruh ini, mahu saja aku membuang mu terus dalam hidupku ini..tetapi..apakan daya, kerana dirimu amat kusasayangi..
    










Tulus dari hatiku ini,

Walaupun kamu pernah menyakiti hatiku, pernah membuangku dalam hidupmu, pernah menghancurkan impian-impian bersama, aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu.  Sungguh, tiada dendam sekelumit di hati ini. Cuma aku tidak mahu, orang yang aku pernah sayang, pernah bertakhta di hatiku,berduka untuk kali kedua, owh aku tak sanggup, aku tak sanggup, aku cuma mahu melihat engkau bahagia, itu sahaja, andai tiada aku dlm hidupmu buat engkau bahagia..aku akan lakukan.semuanya untuk mu




akhir kalam- nie antara bacaan dan hasil kumpulan dari internet..


tiada kena mengena yang hidup ataupun sudah meniggal dunia..layanzzzzz..

aku ingat nak buat novel la..mihahahahaha....