hope sehat semua..
seperti kita semua tahu..
hari maulidur rasul sudah menghampiri kita..
ya..
nabi yang kita cintai selama ini..
nabi akhir zaman.
selepasnya tiada nabi lagi dah..
mari kita berselawat ke atas nabi S.A.W..
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
mudah-mudahan kita mendapat syafaatnya diakhirat kelak..amin..
so hari nie der2 n sis..
aku nak kita ingat balik sejarah nabi kita..
aku tahu semua dah belajar..
tapi mesti ada yang terlupakan..
so mari sama2 kita ingat kembali sejarah nabi kita..; )
Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?
-12 Rabiul Awal Tahun Gajah
Siapakah nama ibu dan bapa nabi?
-ibu =Aminah bt Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
-Bapa = Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah
Bilakah bapa nabi meninggal dunia?
-ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya
Dimanakah ibu nabi wafat dan dikebumikan?
-Abwa’ (sebuah desa antara Madinah dan Juhfah)
Ibu Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
-6 tahun
Nabi diberi nama oleh datuknya dengan nama MUHAMMAD, apakah maksud Muhammad?
- yang terpuji
Siapakah nama datuk nabi yang memeliharanya setelah kematian ibunya?
- Abdul Muthalib
Datuk Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
- 8 tahun
Nabi telah dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita desa. Siapakah nama ibu susuan nabi s.a.w?
- Suwaibah al-aslamiyah dan Halimatus Saadiah
Berapa lamakah nabi dijaga oleh ibu susuan di perkampungan bani Saad?
- sehingga nabi berumur 5 tahun
Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi setelah kematian datuknya?
- Abu Thalib
Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai pengembala binatang ternakan. Apakah binatang tersebut?
- kambing
Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?
- Maisarah
Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah diijabkabulkan/berkahwin?
-nabi =25 tahun , Khadijah = 40 tahun
Berapakah usia nabi ketika diangkat sebagai rasul?
- 40 tahun
Apakah ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w?
- Iqra’
Di awal Islam, Nabi telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dimanakah markaz/pusat dakwah tersebut?
-di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam
-Berapa lamakah nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi?
3 tahun
Siapakah orang yang mula-mula masuk Islam sepanjang dakwahnabi secara sembunyi-sembunyi?
-Khadijah - isteri Nabi
-Ali bin Abi Thalib - sepupu nabi
-Zaid bin Harithah - hamba nabi kemudian jadi anak angkat nabi
-Abu Bakar As-Siddiq - kawan karib nabi
-Uthman bin Affan
-Zubair bin Awwam
-Sa’ad bin Abi Waqas
-Abdul Rahman bin ‘Auf
-Thalhah bin ‘Ubaidillah
-Abu ‘ubaidillah bin Jarrah
-Arqam bin Abi al-Arqam
-Fatimah bt Khattab (adik Umar al-Khattab) dan suaminya Said bin Zaid al-‘Adawi
Berapakah usia nabi ketika wafat?
- 63 tahun
Tentera bergajah telah dimusnahkan oleh Allah dengan dikirimkan burung apa?
-Jawapan; Burung Ababil
Bhgn II
Bilakah tarikh nabi Muhammad s.a.w dilahirkan mengikut kalendar masehi?
– 20 april 571M
Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?
- api sembahan Agama Majusi di Rom terpadam
Kenapakah tahun kelahiran nabi digelar sebagai tahun gajah?
- kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah menyerang dan mahu meruntuhkan Kaabah. Tetapi tentera tersebut dihancurkan oleh Allah dengan burung Ababil.
Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa nabi bersama dalam urusan perdagangan ke Syam. Ketika itu, Pendeta Nasrani yang alim, telah berjumpa dan menasihati Abu Thalib supaya menjaga dengan baik dan membawa pulang segera Nabi Muhammad s.a.w kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang yahudi? Siapakah nama pendeta Nasrani tersebut?
- Buhaira
Ketika Nabi berusia 15 tahun, peperangan antara Quraisy dan Qais ‘Ailan yang berlaku pada bulan Zulqaedah. Menurut pandangan bangsa Arab pada masa itu, peperangan adalah dilarang pada bulan zulqaedah kerana ia adalah bulan suci. Apakah nama peperangan tersebut?
-Harbul Fijar (peperangan mencemar kesucian)
Semenjak kematian Abdul Muthalib, pemimpin-pemimpin Quraisy telah bersumpah akan bersatu dan bersama dalam menangani kes-kes di kota Mekah supaya tiada seorangpun yang akan teraniaya. Aku janji dan sumpah tersebut telah dilakukan di rumah Abdullah Bin Juda’an ketika nabi berusia belasan tahun. Mengikut sejarah, apakah nama sumpah tersebut?
-Halful Fudhul
Seramai 13 orang yang telah menjadi isteri kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebutkan empat sahaja daripada isteri baginda.
- Khadijah Bt Khuwailid
- Saudah Bt Zam’ah
- Aisyah
- Zainab Bt Khuzaimah
- Hafsah
- Ummu Salamah
- Zainab Bt Jahsyi
- Raihanah
- Juwairiyah
- Syafiah
- Ummu Habibah
- Mariyah Qibtiyah
- Maimunah
Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tujuh orang anak. Sebutkan tiga sahaja nama anak Nabi Muhammad s.a.w?
- Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalthum, Rukiyah.
Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?
-Jawapan; Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masehi - usia 63 tahun
Nabi semasa sejak kecil telah digelar al-Amin, apakah maksud al-amin?
-Jawapan; seorang yang jujur dan amanah/orang yang dapat dipercayai
Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi ber’uzlah (bertahanus) untuk beribadat dan berzikir kepada --Allah s.w.t selama sebulan. Dimanakah Nabi ber’uzlah?
-Gua Hira (di Jabal Nur)
Pada tahun ke 10 baginda diutus sebagai rasul, ada dua musibah yang besar telah menimpa baginda. Dalam sejarah, tahun tersebut digelar sebagai ‘Aamul Huzni’ iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut yang menimpa Nabi?
-Kematian Abu Thalib
-Kewafatan Isteri nabi- Siti Khadijah
Setahun selepas tahun kesedihan, nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar dan pada ketika itu, diwajibkan solat lima waktu sehari semalam. Apakah nama peristiwa tersebut?
-Isra’ Mikraj
so..
semua pun dah ingat kembali serba sedikit sejarah Nabi Muhammad S.A.W
sekarang aku nak share pula Dialog Nabi S.A.W dengan Malaikat Jibrail a.s mengenai sifat-sifat neraka jahanam
mari kita baca..; ) :
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir..'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s..a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5.. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir..'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s..a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5.. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
so itulah sifat-sifat neraka jahanam
takutkan bunyinya..
memang kita insan yang lemah
tidak lari dan sentiasa membuat kesilapan (tuju diri sendiri..;p)
marilah kita membuat amal kebajikan
mari kita layan video ini
dari youtube
ianya menceritakan sewaktunya wafat Nabi Muhammad S.A.W
Beliau Masih lagi mengingati kita (tetibe sedih mase tulis nie ;p)
p/s penggunaan warna yang berlainan kerana ingin membezakan antara soalan dan jawapan, serta ingin menarik lagi perhatian semasa membaca.
-DHIB-
7 comments:
terima kasih atas post yg menyentuh jiwa...... =)
sama2..
;)
thnx mengingat kn ku kembali sejarah kehidupan Rasulullah yg tercinta..=)
samer2..
utk diri sendiri n org lain..
;p
perkongsian yg menarik....thanks for sharing.....
boleh la kita sama ingat mengingati...
samer2 bro..
sjer nak igatkan kembali aper yg kite pelajari mase kecik2 dulu..
huhu..
thanks dapat juga ingat balik sejarah nabi muhammad s.a.w sambil tu dpt siapkan tugasan :D
Post a Comment