Saturday, January 29, 2011

it's a bird,it's a plane...it's a superman..(superman ngah terbang nie..;p)
lajukan superman terbang..tak terkejar la..huhu..
aper2 pun..
salam semua...
jumpe lg kite di tempat yg sama(blog burukku..;p)
cube kita kenang balik mase kite kecik2..
sume ader superhero masing2..(tipu la kalau takder..;p)
superhero ader macam2..
yg dari barat..
yg dari jepun(nie best2)
yg dari sini pun ader(nie mase dah besar la..)
mcm2 jenis la..

tak terkira pakcik..ish3..
so seperti mana yg kita tau..
tugas superhero ngan penjahat sume sama..
apa dier murid2??.. 
superhero = menyelamatkan dunia
penjahat = nak takluk dunia
nie basic..sume tau..
tu yg minat tu..
dan secara tak langsung..
parents kite pun didik kita supaya jd kuat mcm superhero yg kita mnt..
cth : "boboy kne kuat..tgk mcm ultraman..mne tkot nak kne sunat..branie jer dier.."ini cnth..
tgk..dengan secara spontannye boboy pun masuk blik tersebut dengan rela hati..(msuk2 fire doc dulu..haha;p)
tu secara didikan yg kita dpt dari parents kita..
ok2..(klau cite psl kecik2..tak abis nnt..mcm2 peel ader..;p)
so aper yg aku nak tekankan disini adalah..
superhero di dunia yg sebenar..
ader ker..
means reality
errrmmmmm....aper ek..
besar ke, kecik ker, sume akan jdkan org2 terdekat sebagai idola a.k.a superhero..
mcm ayah ker, mak ker, abg n kakak ker.. 
dorank akan jd yg terBAIK utk anak2 n adik2 dorunk..
menjadi 'superhero' tok mereka..
kite pun kena jadi mcm dorunk gak..
kite kne wat diri kita seperti 'superhero'
supaya menjadi ikutan tok yg mengikut..
bkn suh g slamatkan org..haha..(tu polisnyer kjer)
superhero yg aku maskudkan nie adalah nilai2 yg murni,baik, coz kite role model tok adik2 kita..
dan kita sendiri sebagai umat islam ada rolemodel kita..
sape murid2..
Nabi Muhammad S.A.W..
so..nak share skit nasihat Luqmanul Hakim kpd anak2nya..
klau nak tgk kat dlm al-quran tgk surah Luqman.. ;)
antara nasihat2 yg Luqmanuk hakim bg kat anak dier..

-Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

-orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

-Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

-Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
                 

-Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

-Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

-Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

-Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

-Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

-janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

-Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

-Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

-Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

-Hai anakku; bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

-selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

-Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

-dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

-Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

-Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

-Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

-Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

-Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

so..
mcm yg aku ckp td..
kitalah yg menjadi 'superhero' utk org disekeliling kita..

jgn tgu org lain..
tak yah nak target jauh2..
dlm family pun ok..
tok adik2..
kite lah abg..kite lah kakak(stil keras lg ok..haha..)
sume kite leh jd..
kitelah cikgu bg dorunk..sume2lah..
mcm kate org tua2 la..
'bagaimana acuan, begitulah kuihnya'..
renung2kan lah nasihat luqmanul hakim




Monday, January 24, 2011

wasup2..
haha..
slah ek..
salam all..
hehehe..
korunk chat tak wei..
hope chat la..;p
saper yg blum kejer lg..
cri2 la kjer..
jgn putus asa wei..
hahaha...
aku jer dah byk kali g interview..
tp stu pun tak sangkut..
takder rezki kowt..nak wat mcm ner..huhu...
aper2 pun..kje jgn memilh..ssh nak dpt kjer..(tuju diri sendiri ;))
so dpt tak dpt blakang citer dulu..belum cuba blum tau..;p
jgn putus asa..




so kat sini ader beberapa ayat2 Al-Quran terhadap beberapa persoalan yg slalu bermain difikiran kita,
di jiwa raga korunk semua, di kepala hotak korang semua, di mana2 la..jiwa kacau la, otak kacau la..
sumer2 kacau la..;p


KENAPA AKU DIUJI ?
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : "kami telah beriman" , sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta".


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah, ayat 216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahuinya".


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah, ayat 286
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".


RASA KECEWA?
Surah Al-Imran, ayat 139
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang2 yang beriman". 



BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran, ayat 200
"Hai orang2 yang beriman,”bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
Surah Al-Baqarah, ayat 45 Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk
".


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah, ayat 111
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka".

KEPADA SIAPA AKU INGIN BERHARAP? 

Surah At-Taubah, ayat 129
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal".


AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI (btol2 jiwa kacau)!!!!!
Surah Yusuf, ayat 37
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir".


so der2 n sis2 hope pham la ek..
segala persoalan yg terbuku dihati korang semua..
yg penting solat jgn luper..
tiang agama..;)
kite layan lagu nie nak..
wlaupun dah lmer..tp ttp best..;p



layann.....




Sunday, January 16, 2011

gempak tak tajuk..
haha..
sjer jer tulis psl nie..
ehh..luper..
salam all..;p
oraits2..
1st kite tgk definisi k..(tak knl maka tak cinta ;p)

''Maskulin atau maskulinitas dari bahasa Perancis, masculinine adalah sebuah kata sifat, adjektif yang berarti 'kepriaan' atau menunjukkan sifat laki-laki & kejantanan.



atau dengan lebih teperinci
maskulin berasal daripada bahasa Latin yang membawa makna ''LELAKI YANG MEMPUNYAI KUALITI TERTENTU''. 
LELAKI pula disifatkan sebagai seorang yang mempunyai KEJANTANAN, MERUPAKAN PASANGAN KEPADA WANITA, ADA KEBERANIAN DALAM DIRI dan bla bla bla..;p


ok..sekarang fahamkan..aper maksud maskulinkan..
antara ciri2 lelaki maskulin yg kita pham selama ini


bentuk badan

kite tau bile org cakap psl maskulin kita mesti anggap bdn dier 6pax, ketul2,smart, hot & bla bla bla..
tp mcm mane pulak bagi orang yg kurus (kering) gemuk (berisi) or gemuk (bulat comel..;p)
takkan dorang tak nak jadi yg 'hot' kowt..
mesti la nak kan..tp betol ker bentuk badan menjadi ukuran untuk menjadi lelaki maskulin..??
errrmmmm.....






penamilan & cara pemakaian

ok yg ke2 nie kite kene fokus skit..
kebanyakkan yg kita 'fahami' yg pkai baju ketat2 itu maskulin, yg smart2 tu maskulin..
so mcm mane gaye yg lain..cnth bdk2 hiphop la katekan..
dorangkan pkai baju stail yg besar2..
takkan dorang bkn dari golongan maskulin..
tpkan slalunyer org yg berpakain ketat2 nie slalu dianggap gay,
takkan la Gay itu sifat maskulin, tak kan..
baju ketat = maskulin
maskulin = gay 
SALAH sama sekaliyer murid2..
haha...so sudah terang lagi bersuluh, cara pemakaian bkn lah salah satu sifat maskulin


kaki clubbing

nie bahaye nie..
ramai yg sangka jika kita slalu pergi ke  kelab malam or kelab dangdut sekalipun (haha)
kita mempunyai sifat maskulin, yang gadis tergila2kan, pandai menari, beErminum, bersoSial dan segala macam ber lg la..
ini adalah salah satu budaya barat bersosial dengan mengunjungi kelab malam katanya ini adalah cara moden dan terkini untuk menjadi sorang yg maskulin
so der2 n sis pikir2 kan la, sebagai seorang yg bergelar islam, tau dosa dan pahala. fikir2 kan la..dan slamat beramal..;p




Maskulin Yg Sebenar

jeng3 (trademark lone-ranger)..
so kita pun dah tau serba sedikit maksud maskulin yg Kebiasaannya org lain dan kita sendiri fahami.
kat atas tadi pun dah terangkan sedikit maksud difinisi Maskulin yg sebenar..
apa murid2..(lelaki yg mempunyai kualiti )
pandaiiiii...;p
so kat sini nak tunjuk skit ciri2 lelaki maskulin yg perlu difahami setiap yg bernama LELAKI

Sifat Gentleman



ok2..sifat gentleman ini bukan lah merujuk kepda setiap perbuatan yg antaranya seperti menarik kerusi jika kita nak mkn, membuka pintu kereta, menghabiskan duit dengan membelikan apa sahaja kemahuan dan kehendak kekasih hatinya, ataupun hari2 bagi bunga ros (ada ker)..
sumer2 la yg dianggap gentleman..
cari ini lebih menunjukkan sifat dari barat yg mana jika mereka (lelaki ) membuat pekara2 di atas tersebut adalah untuk mereka(perempuan) meniduri dengan mereka(lelaki)..hahaha,,faham tak.??
maksudnya yg kita slalu guna (mengayat la)..huhu..
Ramai lelaki yang berpura-pura baik semata-mata untuk menarik perhatian wanita untuk membiarkan mereka rasa disayangi untuk seketika. Dan bila mereka menyerahkan segalanya (jiwa dan raga), mereka akan ditinggalkan. Betul? Adakah ini ciri-ciri gentleman dan maskulin? mesti la bukan..
dan lebih tepat lg ianya dipanggil  Kasanova..haha..
kasanova itu apa ya..??
ha..klau nak terang lg berjela2..so cari sendiri k..;p
berbalik pada tajuk kita iaitu sifat gentleman

''Seorang lelaki maskulin dan gentleman adalah pelindung kepada semua wanita Kita adalah pembela wanita, bukanlah perosak wanita''. 
Jika anda menyukai seseorang gadis, bukanlah kepuasan nafsu yang kita kejar pada mereka. Tetapi adalah kepuasan melihat mereka gembira dan tersenyum bila bersama kita. Mengambil kesempatan pada mereka bukanlah bukti kita seorang yang gentleman dan maskulin.

cara berpakaian



kita semua bebas berpakaian yg sesuai a.k.a menutup aurat (bg yg islam)
dan bg abg2 yg kita yg ngader2 nak pkai baju kaler pink gitu.. 
boleh, nak pkai, pakai la..takder saper nak larang
tp biar la pink tu nmpak biase means, tak garang or lembut
nnt aper plak org ckpkan..;p
mulut org,
ssh kita nak ttp,
mulut tempayan boleh la..hahahah..;p

jadi fahamlah ek apa itu maskulin
semua lelaki nak jd maskulin a.k.a lelaki sejati.
menjadi pelindung kepada yg bernama Wanita
''biar luar tak hensem, dalam mesti mau hensem''

perut kedepan itu seksi..saper setuju..;p





Saturday, January 8, 2011

salam semua..huhu..
mcm ner ngan life korunk..
hope sume appy2 slalu..;p
so berbalik dengan tajuk kiter ari nie..(wah..mcm cikgu plak..;p)
kiri atau kanan..aper yg kiri..aper yg kanan..
ermm..plik kan..hehe..
tak der..nak share skit psl jam tangan..
nak pkai kiri ker?kanan ker.?
rata2 sume pkai tgn kirikan..huhu...
coz tangan kanan slalu untuk buat kerja cthnyer menulis,memasak, menggosok dan segala meng-lagila..

dan bg yg kidal..dier lg suke pkai kiri..(yer kowt.)
 


tp ader hadis Nabi S.A.W menyatakan

"Ertinya : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyukai menggunakan (mendahulukan) kanan dalam segala sesuatu, yaitu ketika bersikat, bersuci, dan dalam setiap urusan


so, try la pkai tangan kanan (bg mereka yg pkai tgn kiri), kerana, secara tidak langsung kite kita akan mendapat pahala dariNya..aminnn...
memakai jam juga penting untuk masa, seperti yg kite tau..Masa Itu emas..
dlm Al-Quran pun ader menyatakan, Surah Asr.
mase btol2 penting..


sbbnyer,umur kita semakin hari semakin bertambah,setiap detik, setiap saat, setiap minit, setiap jam..
24/seminnggu, mase tak penah nak tunggu kita..
kite tgk ek..
cth tarikh hari ini, 9 Jan 2011..
esknye tarikh akan bertukar menjadi 10 Jan 2011..
kite TIDAK akan dpt kembali pada mase 9 Jan 2011..
masa akan terus berjalan dan terus berjalan..
so, gunakan la masa dengan sebetulnya...
MASA LEBIH MAHAL DARI EMAS..
(sori lari tjuk..sjer nak ckp psl jam..tp terlajak plak ;p)








ikut la nak pkai kiri ke kanan, smpai time solat,solat la..;p



Monday, January 3, 2011

salam all...
semoga ari nie ceria slalu hendaknya..
so ari nie nak share skit(tak byk pun) psl imaginasi or org slalu ckp, berangan or bayangkan..aper jer la yg sedap..


so Imaginasi merangkumi penglihatan, fikiran, suara, rasa, sentuhan dan perasaan manusia. Kita dapat menciptakan alam lain di dalam kepala kita ketika kita menggunakannya kerana otak manusia adalah jaringan saraf terkompleks di dunia dan yang memiliki ragam kemampuan yang luar biasa
selalunye kanak2 lah yg selalu berimaginasi secara semula jadi. mereka dpt berimaginasi jauh lebih..
selalunyer mase kite berimaginasi, kita akan bayangkan sesuatu tidak logik,smpai kite bayangkan kita dpt melihat, mendengar, mencium,menghidu dan segale men lg la..huhu
dan bnda yg kite slalu byangkan tu akn terjadi, tidak akn terjadi..atau mustahil untuk terjadi.. ;p

so imaginasi nie tiada batas dan ruang..
sesiapa sahaja mampu berimaginasi, selagi dier masih hidup..;p
contohnyer kite tgk '0'..kite boleh terjemahkan ianya adalah 'kosong' (nombor) ataupun 'o' (huruf)
tetapi dengan imaginasi manusia '0' ini boleh terbentuk pelbagai bnda antaranya tayar,donut, cincin aper2 la selagi bntuknya mcm '0'..hebatkan..
n then tanpa berimaginasi mustahil manusia dapat terbang bebas di udara dan angkasa lepas..
kerana dengan 'berimaginasi barulah timbulnya keinginan, dan dari keinginanlah baru timbul ilmu pengatahuan.'

Saintis tersohor Albert Einstein (1879-1955) pernah mengungkapkan bahawa imaginasi lebih penting berbanding pengetahuan. Imaginasi atau pemikiran futuristik bermaksud kemampuan atau daya khayalan untuk menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan. Imaginasi yang datang bersama dengan ilmu pengetahuan akan menghasilkan sesuatu yang hebat dan di luar jangkauan fikiran manusia biasa. Itulah yang dilakukan oleh Einstein yang menghasilkan pelbagai teori fizik yang menggemparkan dunia  tanpa melakukan sebarang eksperimen pun di dalam makmal. Sehingga kini idea-idea dan imaginasi  Einstein banyak membuka jalan ke arah kemajuan sains teknologi serta kehidupan manusia moden. Teori-teori fizik yang dikemukakan oleh beliau seperti kesan fotoelektrik, Teori Relativiti dan sebagainya masih giat dikaji oleh saintis sehingga kini walaupun ia telah diperkenalkan lebih 100 tahun dahulu oleh Einstein.
imaginasi leh bnda yg baik..insyaAllah..akn jadi yg baik..





pastikan mase berimaginasi kite di tanah..jgn jadi mcm mat jenin..slah port nak berangan..SO..BERANGANLAH..;p



Saturday, January 1, 2011

salam all..
aper2 pun nak ucapkan slamat tahun baru 2011..
appy newyear..huhu..
tutup buku lama, bukak buku baru., ;)
so tahun baru nie ingat nak share skit la..pasal senyum nie..

ok2..
so apa itu senyum,
senyum nie kalau ikut definisi - "ekspresi wajah yang terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua hujungnya, atau pula di sekitar mata. Kebanyakan orang senyum ini, ianya untuk menampilkan kebahagian dan rasa senang".
ha..paham kan semua..senang jer nak senyum nie..tak susah pun..
ok..sekarang kita tgk..knaper kiter kena senyum..


=) Dapat hilangkan stress.

Kadang kala kita rasa penat, sedih. Kalau kita senyum, kita dapat mengurangkan tekanan tersebut.
=) Meningkatkan sistem imun.
Mengikut kajian, senyuman boleh hilangkan batuk dan selsema. Betul ke? Kalau macam ni, tak payah la pergi jumpa Doktor selalu. Senyum saja.
=)  Awet muda.

tidak dapat dinafikan kerana apabila kita senyum, otot-otot muka juga akan bergerak. 
Ini memanget muda (terutamanya perempuan), senyumlah selalu. Tapi awas! Nanti ada pula yang terperasan.
=) Senyum adalah ubat.
Ibarat hormon endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit.
=) Mengubah perasaan.
Jika anda terasa sakit, cubalah untuk tersenyum. Tapi awas pada mereka baru buat pembedahan di perut. Senyum sikit tiada masalah cuma jangan ketawa kerana nnt takot plak terputus benang dan terbuka jahitan,
haha..gurau2..
=) Riang.
Suasana akan jadi riang dan orang sekeliling juga akan turut tersenyum.
=)  Kelihatan sukses.
Akan terasa diri lebih berkeyakinan. Terutamanya ketika bertemu pelanggan atau menghadiri temuduga.
=)  Berfikiran positif.
Mungkin sukar bagi kita untuk senyum ketika memikirkan perkara buruk. Jika kita senyum, tubuh akan terima isyarat bahawa 'hidup lebih baik'.
=)  Menarik.
Orang yang banyak senyum miliki daya penarik dan membuatkan orang sekeliling berasa senang. Contohnya jika kita ingin bertanyakan sesuatu pada seseorang, beranikah kita bertanya jika wajah orang tersebut masam mencuka? Jika terpaksa, apa boleh buat. Mungkin dengan senyuman kita, akan membuat si dia tersenyum sama.. ngeh3..

    to gurlz-senyum tu jage2..jgn men nak senyum jer..nnt ader org yg perasan plak..;p
    to boyz- aku tau korang pemurah senyum..lg2 kat awek2..tp jge2..kowt2 bini org..kang lebam biji mate tu kang..




    So senyum la..bkn kne bayar pun..:)
    -DHIB-