Wednesday, April 11, 2012




Assalamualaikum.. Kehadapan si dia yang berada di mana jua, moga kehidupanmu diredhai Allah. Aku masih di sini. Seperti biasa. Melewati masa-masa kehidupan dengan hati yang penuh tabah. aku hadapi semuanya dengan hati yg tabah..dengan senyuma yang pahit!! ;)
Pertama sekali,
aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku. Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah pencipta.



 Si dia,



Pada mulanya, aku menyesal dengan keputusanmu. Meninggalkan aku ketika hati masih sayang, kasih dan cinta. Sungguh aku menyesal. Tapi cuba kita berfikir sejenak, selama kita bercinta, segala perintah Allah yang telah kita kerjakan bersama? Yang wajib? Tidak ada. Yang sunat, lagilah tiada.
 Pernah tak setiap kali kita keluar bersama, kita berhenti di mana-mana surau berdekatan untuk mengerjakan solat? Pernah tak? Pernah tak kita mengelak dari berpegangan tangan di khalayak ramai walaupun pada bulan Ramadhan? Pernah tak? Pernah tak kita berasa malu, ketika kau memegang pinggang dan bahu ku ketika bersiar-siar di shopping complex?
 Semua tu terjah di fikiranku selepas kau membuat keputusan meninggalkan aku.
Pada mulanya, aku nekad untuk kembali meraih cintamu. Aku cuba. Aku usaha sedaya upaya aku, aku pedulikan semua kata rakan2 ku..bak kata org putih (fight for our love) ;p.
Tapi untuk apa? Jika kita bersama kembali, mungkinkah terjamin kita tidak akan melakukan perkara yang sama seperti dahulu?









 awak,
 Aku tidak menyalahkan kamu sepenuhnya. Aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempunyai iman yang kuat, tidak mengalih pandangan terhadap kaum hawa, tidak menolak lamaran cintamu dulu. Aku lupa betapa tingginya darjah seorang wanita. Aku lupa betapa tingginya malu yang perlu ada dalam diri seorang wanita. Aku leka. Aku lalai.
Bagi ku wanita adalah insan yg perlu di hormati sekali dlm hidupku..kerana wanita adalah seorang insan yg tabah dlm menghadapi segala dugaan yang melanda, segala ujian yang mendatang..dirimu begitu berharga buatku.



 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)











sayang,
Betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan sepanjang kita bersama. Dosa yang ada sebelum kita bercinta pun susah hendak ku tanggung, ditambah dosa selepas aku mengenal erti cinta. Terlalu banyak, tidak mampu untuk dikira. Ya Allah.. Kau masih tidak sedar aku akan semuanya itu. Aku bersyukur seandainya pilihan barumu tidak seperti aku, aku bersyukur.Semoga dia membimbingmu ke jalan yang benar. Aku berdoa, berharap dan terus berharap ;)sememangnya kau membuat keputusan yang tepat tentang masa depan mu..









dikau,
 

Selama ini aku sangka kan apa yan aku buat semuanya betul, tepat dan tidak meleset. sebab kau tiada bantahan atas perbuatan ku itu, Cinta tidak buta seperti yang diperkatakan orang lain. Cinta yang menyebabkan kita buta.  kita yang menyelami cinta itu ke dasar yang paling dalam sehingga kita lemas bersama, kita yang bersalah, bukan mereka.











kamu,
Jika kamu terlalu menyayangi cinta barumu itu, bimbinglah dia bersama-sama untuk kembali menjalankan perintah Allah. Lamarlah dia sebagai suamimu/isterimu. Jangan berikan harapan palsu sebagaimana kau pernah berikan padaku dulu. Jadikan dia sebagai yang halal untukmu. Aku berdoa dan terus berdoa.Untuk menerimamu kembali sebagai kwn seperti yg kau minta,













kau yg pernah ku cintai,

untuk mencari pengganti dirimu buat masa kini, aku rasakan tidak. Aku tidak mahu leka mengejar cinta. Aku takut pada balasan Allah. Aku takut jika aku lalai mengerjakan perintah Allah seperti dahulu. Aku takut aku akan mencintai lelaki itu lebih dari aku mencintai Allah. aku hanya dapat berkawan dengan dirimu seperi yang kau pinta.

kalau diikutkan hati yang luruh ini, mahu saja aku membuang mu terus dalam hidupku ini..tetapi..apakan daya, kerana dirimu amat kusasayangi..
    










Tulus dari hatiku ini,

Walaupun kamu pernah menyakiti hatiku, pernah membuangku dalam hidupmu, pernah menghancurkan impian-impian bersama, aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu.  Sungguh, tiada dendam sekelumit di hati ini. Cuma aku tidak mahu, orang yang aku pernah sayang, pernah bertakhta di hatiku,berduka untuk kali kedua, owh aku tak sanggup, aku tak sanggup, aku cuma mahu melihat engkau bahagia, itu sahaja, andai tiada aku dlm hidupmu buat engkau bahagia..aku akan lakukan.semuanya untuk mu




akhir kalam- nie antara bacaan dan hasil kumpulan dari internet..


tiada kena mengena yang hidup ataupun sudah meniggal dunia..layanzzzzz..

aku ingat nak buat novel la..mihahahahaha....

Saturday, December 3, 2011

salam semua..
dah lama tak menulis dialam maya nie..
harap semua sihat selalu..
sejak kebelakangan nie agak sibuk sedikit
maklum la..


baru dpt keje..
haha..
alhamdulilah..
syukur sgt2..


so pengalam kat tempat keje baru mmg best la..
semua baru
kalau dulu tidur lambat jer kan..
pukul 2 or pukul 3
sekarang pukul 11 dah tido dah.
kalau dulu bangun matahari dah pacak atas kepala dah.
sekarang matahari belum keluar lagi dah bangun dah..
haha..baru la terasa macam mana orang yang pergi balik kerja..
terasa penat
terasa tension
terasa best..yeke??
terasa kaya bila dah gaji..haha
terasa macam kene buli pun ada..yeke..teeettttt.

bila bangun pagi2, balik malam2..
timbul satu perasaan menyesal jer keje nie..
rasa macam salah langkah je..
so bila pikir2 balik..
sampai bila aku harus jadi macam nie..
takkan asyik nak harapkan titik peluh dari orang tua
kawan2 aku kebayakannya dah bekerjaya
dah berkereta, berkahwin. dah beranak pun ada..efisen sungguh dorang nie.. ;P
bila dah pikir macam tu..
aku rasa betul la apa yang aku buat..
sudah sampai masanya aku berdikari sendiri
mencari SESUAP NASI sendiri
mencari DUIT sendiri..
membayar HUTANG..(ptptn dan sebagainya..hahahahaha...)
so aku memang bersyukur sangat pada ALLAH kerana memberi aku peluang untuk mencari rezeki sendiri
berterima kasih juga kat parents aku sbb DORANG lah yang paksa aku untuk pergi interview kerja nie
kalau ikutkan hati..
memang tak pergi dah..
sebab macam dah tau dah resultnya..
mesi takdapat..
apa2 pun alhamdulilah..

aku harap kepada yang belum dapat kerja lagi..
JANGAN PUTUS ASA!!
JANGAN PUTUS ASA!!
JANGAN PUTUS ASA!!
lepas tu banyak kan berdoa..

bila dah dapat kerja..
JANGAN LUPA ALLAH!!
JANGAN LUPA ALLAH!!
JANGAN LUPA ALLAH!!
 nie tak..
alasan tak g solat..
sebab busy la..
kerja banyak la..
itu la..
ini la..
alamat tak lama la tu..
macam2 masalah lah yang dtg nnt..

Thursday, September 8, 2011






-selamat hari raya..
kepada saudara serta saudari..
setahun, hanya sekali..
merayakan hari yang mulia ini..
SELAMAT HARIII RAYAAAAAA!!!!..

tipu la siapa tak tau lagu tu..
femes kot lagu tu..
hehe..
aper2 pun selamat hari raya semua..
mana yang mengenali diri ini..
0 - 0 yer.. ;)

dah lama tak update blog usangku..
ye la..
bz mencari rezeki.. ;)
apa2 pun ceritakan pengalaman aku mencari rezeki di bulan Ramadhan..
seperti biasa, lagi 2 bulan nak puasa DBKL akan buka untuk pendaftaran peniaga di jalan tar..
semua tau kowt..
tak kan la tak tau.. femes tiap2 tahun..
tiap2 tahun meletop..huh..
so time tu mmg ramai la org..
tapak ada 500 lebih..
n yg dtg dekat 
3000 lbh gak la..
mmg ramai la kan..
so dah rezeki..
nama mak aku naik..
dpt satu tapak bernombor 277 (dekat dengan semua house)
kami jual baju kurung dewasa (budak2 tak ader, mak budak ader ;p)
mase minggu pertama puasa ok la
lepas tu masuk minggu ke 2 n ketiga..huh
dier punya panas dier bila tengah hari lain macam
bahang!!
pns!!
dahaga!!
pnt..mcm2 lg la..hehe..
kalau hujan, boleh tahan lebatnya.. ;0

so bila minggu terakhir 
tinggal beberape hari lg nak raya (3hari lg kowt)
masa tu keluar la satu benda yang aku idam2kan selama ini..
yeah..  

sebenarnye nak angkat lg mahal skit..tapi mengenangkan bajet ku yg ciput.
ni pun ok..dari tak der..ngeh2.. ;)

bermula la sejak hari itu aku menjadi seorang fotografer yang tak bertauliah..
so aku tangkap gmbr disekitar jalan T.A.R & Masjid India
so korunk amati la ek gambar2 yg aku amik..mmg tak cantik.(konpem) 
sje nak tunjuk ;p

tekan pic untuk tumbesaran 
agak2 bile lg yer nak bulan pose nak skali ngan bulan merdeka ;p

benda ni kat sana laku kowt.


 bubur lambuk free..panjang gak beraturnye
lokasi-dekat dengan mybank, mydin baju



lokasi- kat trafic light

 lokasi-depan sogo
masa tu tgh rehat jap..pnt berjalan..lg berape jam lg nak buke.
so mase tgh lepak2 tu..dorunk lepak tepi aku nak rehat gak..smbil2 tunggu bas
lokasi-depan sogo


 aku tanya dak nie..
aku-pose tak..
bdk comey-  pose..
aku- sahur kul berape td dik
bdk comey-kul 10
aku-erkkk..bgus..!!
 lokasi- masjid india
 selain dari baju melayu,kurung, seluar jean, lampu , kuih n macam2 la
kita juga boleh bg brader ni lukis face kita jd potret raya..
kan ada kelainan disitu.
p/s tiap2 taun kn mesti ada kelainan..baru la meriah..tak gitu..;p
lokasi-depan sogo gak (pas buka)

 potret kawin pun bleh

malam raya 
29/8/2011
11.23 pm

 saja nak cerita skit la ek..hehe..
so mase tu mmg ramaiiiiiiiiiiiiiiii gile org la..
org2 kl semua keluar cari brg, mana yg tak beli lg
mana yang tak cukupkan lg. g cukupkan..mcm2 la..
so masa tu aku tgh jaga kedai, ckp ngan bos nak terkucil jap.
so smbil otw g toilet, smbil2 snap..huhu

 nek keta mcm prob skit la kan..
jgn kate nak paking mana..
nak sampai pun belum tentu lg
silap2 dah u-turn patah blik..hik2..
so dimalam raya mmg efisen naik motor la..parking pun senang..nak celah pun sng
cume bila dah borong nnt tak tau nak letak mana ;p

 masa tu pukul 2 rase mcm pukul 9 jer..
esk raya la katakan.

so untuk melariskan lg baju2 kurung yg dijual
dorunk selalu pakai baju kurung,tudung n spec
yg nie jer aku sempat dpt snap, yg len kat belah dlm mcm semut jalannya
skit2, rimas den ;p
sebenarnya ader video, tapi ntah kenape tak leh plak upload..nnt aku uploadkan k..
a.s.a.p



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI M.B ;)