Monday, January 3, 2011

corat-coret- jom berimaginasi

salam all...
semoga ari nie ceria slalu hendaknya..
so ari nie nak share skit(tak byk pun) psl imaginasi or org slalu ckp, berangan or bayangkan..aper jer la yg sedap..


so Imaginasi merangkumi penglihatan, fikiran, suara, rasa, sentuhan dan perasaan manusia. Kita dapat menciptakan alam lain di dalam kepala kita ketika kita menggunakannya kerana otak manusia adalah jaringan saraf terkompleks di dunia dan yang memiliki ragam kemampuan yang luar biasa
selalunye kanak2 lah yg selalu berimaginasi secara semula jadi. mereka dpt berimaginasi jauh lebih..
selalunyer mase kite berimaginasi, kita akan bayangkan sesuatu tidak logik,smpai kite bayangkan kita dpt melihat, mendengar, mencium,menghidu dan segale men lg la..huhu
dan bnda yg kite slalu byangkan tu akn terjadi, tidak akn terjadi..atau mustahil untuk terjadi.. ;p

so imaginasi nie tiada batas dan ruang..
sesiapa sahaja mampu berimaginasi, selagi dier masih hidup..;p
contohnyer kite tgk '0'..kite boleh terjemahkan ianya adalah 'kosong' (nombor) ataupun 'o' (huruf)
tetapi dengan imaginasi manusia '0' ini boleh terbentuk pelbagai bnda antaranya tayar,donut, cincin aper2 la selagi bntuknya mcm '0'..hebatkan..
n then tanpa berimaginasi mustahil manusia dapat terbang bebas di udara dan angkasa lepas..
kerana dengan 'berimaginasi barulah timbulnya keinginan, dan dari keinginanlah baru timbul ilmu pengatahuan.'

Saintis tersohor Albert Einstein (1879-1955) pernah mengungkapkan bahawa imaginasi lebih penting berbanding pengetahuan. Imaginasi atau pemikiran futuristik bermaksud kemampuan atau daya khayalan untuk menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan. Imaginasi yang datang bersama dengan ilmu pengetahuan akan menghasilkan sesuatu yang hebat dan di luar jangkauan fikiran manusia biasa. Itulah yang dilakukan oleh Einstein yang menghasilkan pelbagai teori fizik yang menggemparkan dunia  tanpa melakukan sebarang eksperimen pun di dalam makmal. Sehingga kini idea-idea dan imaginasi  Einstein banyak membuka jalan ke arah kemajuan sains teknologi serta kehidupan manusia moden. Teori-teori fizik yang dikemukakan oleh beliau seperti kesan fotoelektrik, Teori Relativiti dan sebagainya masih giat dikaji oleh saintis sehingga kini walaupun ia telah diperkenalkan lebih 100 tahun dahulu oleh Einstein.
imaginasi leh bnda yg baik..insyaAllah..akn jadi yg baik..





pastikan mase berimaginasi kite di tanah..jgn jadi mcm mat jenin..slah port nak berangan..SO..BERANGANLAH..;p



No comments: