Assalamualaikum.. Kehadapan si dia yang berada di mana jua, moga kehidupanmu diredhai Allah. Aku masih di sini. Seperti biasa. Melewati masa-masa kehidupan dengan hati yang penuh tabah. aku hadapi semuanya dengan hati yg tabah..dengan senyuma yang pahit!! ;)
Pertama sekali,
aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku. Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah pencipta.
Si dia,
Pada mulanya, aku menyesal dengan keputusanmu. Meninggalkan aku ketika hati masih sayang, kasih dan cinta. Sungguh aku menyesal. Tapi cuba kita berfikir sejenak, selama kita bercinta, segala perintah Allah yang telah kita kerjakan bersama? Yang wajib? Tidak ada. Yang sunat, lagilah tiada.
Pernah tak setiap kali kita keluar bersama, kita berhenti di mana-mana surau berdekatan untuk mengerjakan solat? Pernah tak? Pernah tak kita mengelak dari berpegangan tangan di khalayak ramai walaupun pada bulan Ramadhan? Pernah tak? Pernah tak kita berasa malu, ketika kau memegang pinggang dan bahu ku ketika bersiar-siar di shopping complex?
Semua tu terjah di fikiranku selepas kau membuat keputusan meninggalkan aku.
Pada mulanya, aku nekad untuk kembali meraih cintamu. Aku cuba. Aku usaha sedaya upaya aku, aku pedulikan semua kata rakan2 ku..bak kata org putih (fight for our love) ;p.
Tapi untuk apa? Jika kita bersama kembali, mungkinkah terjamin kita tidak akan melakukan perkara yang sama seperti dahulu?
awak,
Aku tidak menyalahkan kamu sepenuhnya. Aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempunyai iman yang kuat, tidak mengalih pandangan terhadap kaum hawa, tidak menolak lamaran cintamu dulu. Aku lupa betapa tingginya darjah seorang wanita. Aku lupa betapa tingginya malu yang perlu ada dalam diri seorang wanita. Aku leka. Aku lalai.
Bagi ku wanita adalah insan yg perlu di hormati sekali dlm hidupku..kerana wanita adalah seorang insan yg tabah dlm menghadapi segala dugaan yang melanda, segala ujian yang mendatang..dirimu begitu berharga buatku.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
sayang,Betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan sepanjang kita bersama. Dosa yang ada sebelum kita bercinta pun susah hendak ku tanggung, ditambah dosa selepas aku mengenal erti cinta. Terlalu banyak, tidak mampu untuk dikira. Ya Allah.. Kau masih tidak sedar aku akan semuanya itu. Aku bersyukur seandainya pilihan barumu tidak seperti aku, aku bersyukur.Semoga dia membimbingmu ke jalan yang benar. Aku berdoa, berharap dan terus berharap ;)sememangnya kau membuat keputusan yang tepat tentang masa depan mu..
dikau,
Selama ini aku sangka kan apa yan aku buat semuanya betul, tepat dan tidak meleset. sebab kau tiada bantahan atas perbuatan ku itu, Cinta tidak buta seperti yang diperkatakan orang lain. Cinta yang menyebabkan kita buta. kita yang menyelami cinta itu ke dasar yang paling dalam sehingga kita lemas bersama, kita yang bersalah, bukan mereka.
kamu,
kau yg pernah ku cintai,
untuk mencari pengganti dirimu buat masa kini, aku rasakan tidak. Aku tidak mahu leka mengejar cinta. Aku takut pada balasan Allah. Aku takut jika aku lalai mengerjakan perintah Allah seperti dahulu. Aku takut aku akan mencintai lelaki itu lebih dari aku mencintai Allah. aku hanya dapat berkawan dengan dirimu seperi yang kau pinta.
kalau diikutkan hati yang luruh ini, mahu saja aku membuang mu terus dalam hidupku ini..tetapi..apakan daya, kerana dirimu amat kusasayangi..
Tulus dari hatiku ini,
Walaupun kamu pernah menyakiti hatiku, pernah membuangku dalam hidupmu, pernah menghancurkan impian-impian bersama, aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu. Sungguh, tiada dendam sekelumit di hati ini. Cuma aku tidak mahu, orang yang aku pernah sayang, pernah bertakhta di hatiku,berduka untuk kali kedua, owh aku tak sanggup, aku tak sanggup, aku cuma mahu melihat engkau bahagia, itu sahaja, andai tiada aku dlm hidupmu buat engkau bahagia..aku akan lakukan.semuanya untuk mu
akhir kalam- nie antara bacaan dan hasil kumpulan dari internet..
tiada kena mengena yang hidup ataupun sudah meniggal dunia..layanzzzzz..
aku ingat nak buat novel la..mihahahahaha....
1 comment:
sedih doe entry ko kali ni !. .aku respect mamat mcm ko.
cayok beb !. .u can do it. .!..
Post a Comment