Saturday, January 8, 2011

salam semua..huhu..
mcm ner ngan life korunk..
hope sume appy2 slalu..;p
so berbalik dengan tajuk kiter ari nie..(wah..mcm cikgu plak..;p)
kiri atau kanan..aper yg kiri..aper yg kanan..
ermm..plik kan..hehe..
tak der..nak share skit psl jam tangan..
nak pkai kiri ker?kanan ker.?
rata2 sume pkai tgn kirikan..huhu...
coz tangan kanan slalu untuk buat kerja cthnyer menulis,memasak, menggosok dan segala meng-lagila..

dan bg yg kidal..dier lg suke pkai kiri..(yer kowt.)
 


tp ader hadis Nabi S.A.W menyatakan

"Ertinya : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyukai menggunakan (mendahulukan) kanan dalam segala sesuatu, yaitu ketika bersikat, bersuci, dan dalam setiap urusan”


so, try la pkai tangan kanan (bg mereka yg pkai tgn kiri), kerana, secara tidak langsung kite kita akan mendapat pahala dariNya..aminnn...
memakai jam juga penting untuk masa, seperti yg kite tau..Masa Itu emas..
dlm Al-Quran pun ader menyatakan, Surah Asr.
mase btol2 penting..


sbbnyer,umur kita semakin hari semakin bertambah,setiap detik, setiap saat, setiap minit, setiap jam..
24/seminnggu, mase tak penah nak tunggu kita..
kite tgk ek..
cth tarikh hari ini, 9 Jan 2011..
esknye tarikh akan bertukar menjadi 10 Jan 2011..
kite TIDAK akan dpt kembali pada mase 9 Jan 2011..
masa akan terus berjalan dan terus berjalan..
so, gunakan la masa dengan sebetulnya...
MASA LEBIH MAHAL DARI EMAS..
(sori lari tjuk..sjer nak ckp psl jam..tp terlajak plak ;p)








ikut la nak pkai kiri ke kanan, smpai time solat,solat la..;p



Monday, January 3, 2011

salam all...
semoga ari nie ceria slalu hendaknya..
so ari nie nak share skit(tak byk pun) psl imaginasi or org slalu ckp, berangan or bayangkan..aper jer la yg sedap..


so Imaginasi merangkumi penglihatan, fikiran, suara, rasa, sentuhan dan perasaan manusia. Kita dapat menciptakan alam lain di dalam kepala kita ketika kita menggunakannya kerana otak manusia adalah jaringan saraf terkompleks di dunia dan yang memiliki ragam kemampuan yang luar biasa. 
selalunye kanak2 lah yg selalu berimaginasi secara semula jadi. mereka dpt berimaginasi jauh lebih..
selalunyer mase kite berimaginasi, kita akan bayangkan sesuatu tidak logik,smpai kite bayangkan kita dpt melihat, mendengar, mencium,menghidu dan segale men lg la..huhu
dan bnda yg kite slalu byangkan tu akn terjadi, tidak akn terjadi..atau mustahil untuk terjadi.. ;p

so imaginasi nie tiada batas dan ruang..
sesiapa sahaja mampu berimaginasi, selagi dier masih hidup..;p
contohnyer kite tgk '0'..kite boleh terjemahkan ianya adalah 'kosong' (nombor) ataupun 'o' (huruf)
tetapi dengan imaginasi manusia '0' ini boleh terbentuk pelbagai bnda antaranya tayar,donut, cincin aper2 la selagi bntuknya mcm '0'..hebatkan..
n then tanpa berimaginasi mustahil manusia dapat terbang bebas di udara dan angkasa lepas..
kerana dengan 'berimaginasi barulah timbulnya keinginan, dan dari keinginanlah baru timbul ilmu pengatahuan.'

Saintis tersohor Albert Einstein (1879-1955) pernah mengungkapkan bahawa imaginasi lebih penting berbanding pengetahuan. Imaginasi atau pemikiran futuristik bermaksud kemampuan atau daya khayalan untuk menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan. Imaginasi yang datang bersama dengan ilmu pengetahuan akan menghasilkan sesuatu yang hebat dan di luar jangkauan fikiran manusia biasa. Itulah yang dilakukan oleh Einstein yang menghasilkan pelbagai teori fizik yang menggemparkan dunia  tanpa melakukan sebarang eksperimen pun di dalam makmal. Sehingga kini idea-idea dan imaginasi  Einstein banyak membuka jalan ke arah kemajuan sains teknologi serta kehidupan manusia moden. Teori-teori fizik yang dikemukakan oleh beliau seperti kesan fotoelektrik, Teori Relativiti dan sebagainya masih giat dikaji oleh saintis sehingga kini walaupun ia telah diperkenalkan lebih 100 tahun dahulu oleh Einstein.
imaginasi leh bnda yg baik..insyaAllah..akn jadi yg baik..





pastikan mase berimaginasi kite di tanah..jgn jadi mcm mat jenin..slah port nak berangan..SO..BERANGANLAH..;p



Saturday, January 1, 2011

salam all..
aper2 pun nak ucapkan slamat tahun baru 2011..
appy newyear..huhu..
tutup buku lama, bukak buku baru., ;)
so tahun baru nie ingat nak share skit la..pasal senyum nie..

ok2..
so apa itu senyum,
senyum nie kalau ikut definisi - "ekspresi wajah yang terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua hujungnya, atau pula di sekitar mata. Kebanyakan orang senyum ini, ianya untuk menampilkan kebahagian dan rasa senang".
ha..paham kan semua..senang jer nak senyum nie..tak susah pun..
ok..sekarang kita tgk..knaper kiter kena senyum..


=) Dapat hilangkan stress.

Kadang kala kita rasa penat, sedih. Kalau kita senyum, kita dapat mengurangkan tekanan tersebut.
=) Meningkatkan sistem imun.
Mengikut kajian, senyuman boleh hilangkan batuk dan selsema. Betul ke? Kalau macam ni, tak payah la pergi jumpa Doktor selalu. Senyum saja.
=)  Awet muda.

tidak dapat dinafikan kerana apabila kita senyum, otot-otot muka juga akan bergerak. 
Ini memanget muda (terutamanya perempuan), senyumlah selalu. Tapi awas! Nanti ada pula yang terperasan.
=) Senyum adalah ubat.
Ibarat hormon endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit.
=) Mengubah perasaan.
Jika anda terasa sakit, cubalah untuk tersenyum. Tapi awas pada mereka baru buat pembedahan di perut. Senyum sikit tiada masalah cuma jangan ketawa kerana nnt takot plak terputus benang dan terbuka jahitan,
haha..gurau2..
=) Riang.
Suasana akan jadi riang dan orang sekeliling juga akan turut tersenyum.
=)  Kelihatan sukses.
Akan terasa diri lebih berkeyakinan. Terutamanya ketika bertemu pelanggan atau menghadiri temuduga.
=)  Berfikiran positif.
Mungkin sukar bagi kita untuk senyum ketika memikirkan perkara buruk. Jika kita senyum, tubuh akan terima isyarat bahawa 'hidup lebih baik'.
=)  Menarik.
Orang yang banyak senyum miliki daya penarik dan membuatkan orang sekeliling berasa senang. Contohnya jika kita ingin bertanyakan sesuatu pada seseorang, beranikah kita bertanya jika wajah orang tersebut masam mencuka? Jika terpaksa, apa boleh buat. Mungkin dengan senyuman kita, akan membuat si dia tersenyum sama.. ngeh3..

    to gurlz-senyum tu jage2..jgn men nak senyum jer..nnt ader org yg perasan plak..;p
    to boyz- aku tau korang pemurah senyum..lg2 kat awek2..tp jge2..kowt2 bini org..kang lebam biji mate tu kang..




    So senyum la..bkn kne bayar pun..:)
    -DHIB-