Thursday, July 5, 2012

Salam all.
huhu..
sedar tak sedar kita dah nak puase dah..
yeayy...
dah nak RAMADHAN dah...
so sape tak ganti lg pose..
bek ganti cepat!!!!!!!!..
go2..
so myb tak sampai sebulan  ..
aku asyik on9 sahaja..
tgk news..
update dari mmber2
tgk perkembangan dunia..
yup..
igat tak hari tu..
masa rasa gegaran sekejap..
setetengah tempat kat malaysia rase gak la..
after 5 or 10 minutes
BERDERET keluar status psl GEGARAN td (mase tu)
ada yg wat status

jenis yang tak bersyukur..org lg tak nak rase ader la..;p

"eh korunk rasa tak gegar td, asal aku tak rase..alaaaaaaaaa... ;( "



jenis yang doakan org disana selamat - (aku ke)

''aku harap dorunk kat sana selamat..aminnnnnn.. ''



jenis yang amik kesempatan..;p
''awak..awak jgn takot ek..klau awk tkot..call je saya''

jenis yang update perkembangan terkini..
-die just share apa yg org update psl tsunami
- shared psl call org2 tersyg ada kat mana apa sume
-shared psl yang perlu dibuat kalau apa2 terjadi (ader kerr..)

itu antara la..
pastu yang baru2 nie..
terjadi satu perhimpunan BERSIH...
yup..
aku yakin semua org tahu..
benda yang sama..
kita just on9 sahaja..
dekat fb..
pastu kita pun dpt tahu apa yang berlaku dekat sana kan... (secara amnya lah..yg pegi lg tau kat sna mcm mana)

so back to my points..
kenapa orang selalu on9..

24 jam..

7hari seminggu.....

myb ader sebab tersendirikan.. ;p

so dlm on9 tu..
aku ader terbace satu artikal..
kita ini dari golongan mana?

tak pham kan..
ok..

so kat bwh nie ada gologan2 tegar yang on9 FB..
korunk yg mana satu..ce pilih..

PENDIAM

tak pernah komen..
tak pernah like
tak pernah post
kira nye tgk dari jauh jer la..pemerhati..
tp baca semua apa yg kawan2 bualkan or tuliskan kat wall masing2..
dan bandingkan dorunk kat public (mane yang kenal la)












JAM LOCENG


jenis nie dorunk rasakan yang keje dorunk post
GOOD MORNING
setiap hari..
itu je..












MR / MS POPULAR

Mempunyai kwn 1k or 2k..
but..
NO REASON!!!!













GAMER


play "Mafia Wars"
"City Ville" , "Farm Ville" , "Fish Ville"
mcm2 lg la..
siap invite lg ajak men game..perghh..semak gile..sory to say
mcm2 game lg la..
ALL DAY!!!!!






EMO


selalu tak puas  hati dengan kehidupan di sekarang..
itu la tak kene..
ini la tak kene..
kadang2 ok la kan..
klau selalu..
semak la gak.. ;p -aku pun kenkadang mcm tu gak..wakaka ;p





PROMOTER


selalu invite / promote tentang apa yg dijual or nak smpaikan..
yg nie tak pe..kenapa aku ckp tak pe..last sekali aku ckp..hik2..






PENCURI

bukan curi duit la..
curi status..
nmpak cun skit..
kasi COPY N PASTE..












DRAMA KING /  QUEEN

jenis yang nie akan selalu update benda yang propa2 je..
kejap mcm nie..
kejap mcm tu..
mana satu yang betul pun tak tau..
padahal kalau realiti..
di pendiam kowt..tak byk ckp je..
kalau kat alam siber..jd mak jemah kowt..sori to johan..nie watak die.. ;p














PEMBERITA


jenis nie bagus skit la..
update benda yang berfaedah..
information2..
bagus2..teruskan..






KAKI LIKE


yang nie best gak..
LIKE tak per lu kata apa2..
;p



plz like Fan Page disebelah kanan..thanks..

Wednesday, April 11, 2012




Assalamualaikum.. Kehadapan si dia yang berada di mana jua, moga kehidupanmu diredhai Allah. Aku masih di sini. Seperti biasa. Melewati masa-masa kehidupan dengan hati yang penuh tabah. aku hadapi semuanya dengan hati yg tabah..dengan senyuma yang pahit!! ;)
Pertama sekali,
aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku. Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah pencipta.



 Si dia,



Pada mulanya, aku menyesal dengan keputusanmu. Meninggalkan aku ketika hati masih sayang, kasih dan cinta. Sungguh aku menyesal. Tapi cuba kita berfikir sejenak, selama kita bercinta, segala perintah Allah yang telah kita kerjakan bersama? Yang wajib? Tidak ada. Yang sunat, lagilah tiada.
 Pernah tak setiap kali kita keluar bersama, kita berhenti di mana-mana surau berdekatan untuk mengerjakan solat? Pernah tak? Pernah tak kita mengelak dari berpegangan tangan di khalayak ramai walaupun pada bulan Ramadhan? Pernah tak? Pernah tak kita berasa malu, ketika kau memegang pinggang dan bahu ku ketika bersiar-siar di shopping complex?
 Semua tu terjah di fikiranku selepas kau membuat keputusan meninggalkan aku.
Pada mulanya, aku nekad untuk kembali meraih cintamu. Aku cuba. Aku usaha sedaya upaya aku, aku pedulikan semua kata rakan2 ku..bak kata org putih (fight for our love) ;p.
Tapi untuk apa? Jika kita bersama kembali, mungkinkah terjamin kita tidak akan melakukan perkara yang sama seperti dahulu?









 awak,
 Aku tidak menyalahkan kamu sepenuhnya. Aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempunyai iman yang kuat, tidak mengalih pandangan terhadap kaum hawa, tidak menolak lamaran cintamu dulu. Aku lupa betapa tingginya darjah seorang wanita. Aku lupa betapa tingginya malu yang perlu ada dalam diri seorang wanita. Aku leka. Aku lalai.
Bagi ku wanita adalah insan yg perlu di hormati sekali dlm hidupku..kerana wanita adalah seorang insan yg tabah dlm menghadapi segala dugaan yang melanda, segala ujian yang mendatang..dirimu begitu berharga buatku.



 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)











sayang,
Betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan sepanjang kita bersama. Dosa yang ada sebelum kita bercinta pun susah hendak ku tanggung, ditambah dosa selepas aku mengenal erti cinta. Terlalu banyak, tidak mampu untuk dikira. Ya Allah.. Kau masih tidak sedar aku akan semuanya itu. Aku bersyukur seandainya pilihan barumu tidak seperti aku, aku bersyukur.Semoga dia membimbingmu ke jalan yang benar. Aku berdoa, berharap dan terus berharap ;)sememangnya kau membuat keputusan yang tepat tentang masa depan mu..









dikau,
 

Selama ini aku sangka kan apa yan aku buat semuanya betul, tepat dan tidak meleset. sebab kau tiada bantahan atas perbuatan ku itu, Cinta tidak buta seperti yang diperkatakan orang lain. Cinta yang menyebabkan kita buta.  kita yang menyelami cinta itu ke dasar yang paling dalam sehingga kita lemas bersama, kita yang bersalah, bukan mereka.











kamu,
Jika kamu terlalu menyayangi cinta barumu itu, bimbinglah dia bersama-sama untuk kembali menjalankan perintah Allah. Lamarlah dia sebagai suamimu/isterimu. Jangan berikan harapan palsu sebagaimana kau pernah berikan padaku dulu. Jadikan dia sebagai yang halal untukmu. Aku berdoa dan terus berdoa.Untuk menerimamu kembali sebagai kwn seperti yg kau minta,













kau yg pernah ku cintai,

untuk mencari pengganti dirimu buat masa kini, aku rasakan tidak. Aku tidak mahu leka mengejar cinta. Aku takut pada balasan Allah. Aku takut jika aku lalai mengerjakan perintah Allah seperti dahulu. Aku takut aku akan mencintai lelaki itu lebih dari aku mencintai Allah. aku hanya dapat berkawan dengan dirimu seperi yang kau pinta.

kalau diikutkan hati yang luruh ini, mahu saja aku membuang mu terus dalam hidupku ini..tetapi..apakan daya, kerana dirimu amat kusasayangi..
    










Tulus dari hatiku ini,

Walaupun kamu pernah menyakiti hatiku, pernah membuangku dalam hidupmu, pernah menghancurkan impian-impian bersama, aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu.  Sungguh, tiada dendam sekelumit di hati ini. Cuma aku tidak mahu, orang yang aku pernah sayang, pernah bertakhta di hatiku,berduka untuk kali kedua, owh aku tak sanggup, aku tak sanggup, aku cuma mahu melihat engkau bahagia, itu sahaja, andai tiada aku dlm hidupmu buat engkau bahagia..aku akan lakukan.semuanya untuk mu




akhir kalam- nie antara bacaan dan hasil kumpulan dari internet..


tiada kena mengena yang hidup ataupun sudah meniggal dunia..layanzzzzz..

aku ingat nak buat novel la..mihahahahaha....

Saturday, December 3, 2011

salam semua..
dah lama tak menulis dialam maya nie..
harap semua sihat selalu..
sejak kebelakangan nie agak sibuk sedikit
maklum la..


baru dpt keje..
haha..
alhamdulilah..
syukur sgt2..


so pengalam kat tempat keje baru mmg best la..
semua baru
kalau dulu tidur lambat jer kan..
pukul 2 or pukul 3
sekarang pukul 11 dah tido dah.
kalau dulu bangun matahari dah pacak atas kepala dah.
sekarang matahari belum keluar lagi dah bangun dah..
haha..baru la terasa macam mana orang yang pergi balik kerja..
terasa penat
terasa tension
terasa best..yeke??
terasa kaya bila dah gaji..haha
terasa macam kene buli pun ada..yeke..teeettttt.

bila bangun pagi2, balik malam2..
timbul satu perasaan menyesal jer keje nie..
rasa macam salah langkah je..
so bila pikir2 balik..
sampai bila aku harus jadi macam nie..
takkan asyik nak harapkan titik peluh dari orang tua
kawan2 aku kebayakannya dah bekerjaya
dah berkereta, berkahwin. dah beranak pun ada..efisen sungguh dorang nie.. ;P
bila dah pikir macam tu..
aku rasa betul la apa yang aku buat..
sudah sampai masanya aku berdikari sendiri
mencari SESUAP NASI sendiri
mencari DUIT sendiri..
membayar HUTANG..(ptptn dan sebagainya..hahahahaha...)
so aku memang bersyukur sangat pada ALLAH kerana memberi aku peluang untuk mencari rezeki sendiri
berterima kasih juga kat parents aku sbb DORANG lah yang paksa aku untuk pergi interview kerja nie
kalau ikutkan hati..
memang tak pergi dah..
sebab macam dah tau dah resultnya..
mesi takdapat..
apa2 pun alhamdulilah..

aku harap kepada yang belum dapat kerja lagi..
JANGAN PUTUS ASA!!
JANGAN PUTUS ASA!!
JANGAN PUTUS ASA!!
lepas tu banyak kan berdoa..

bila dah dapat kerja..
JANGAN LUPA ALLAH!!
JANGAN LUPA ALLAH!!
JANGAN LUPA ALLAH!!
 nie tak..
alasan tak g solat..
sebab busy la..
kerja banyak la..
itu la..
ini la..
alamat tak lama la tu..
macam2 masalah lah yang dtg nnt..