Thursday, November 29, 2012

Untungnya jadi anak sulung


"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"

"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?

Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.

yeahhh..salam all..
lamae dah tak berkarya..
bz banget..menolong org tuaku mencari rezki..
btw sekarang tgh demm piala Suzuki AFF..
berharap sgt Malaysia mng lg skali..juara lg skali..aminnnn ;)

btw now nak berkarya mengenai anak sulung..
anak sulung ni anak yang pertama didalam keluarga.
yg ke 2 angah, and then achik,andak and bla2..
last skali ucu..sbb bongsu..

so anak sulung..ermmm..ramai anak sulung kat malaysia nie..
anak sulung selalu menjadi harapan keluarga..
menjadi contoh kepada adik-adik..
mcm mana adik-adik die..
tgk abg die mcm ne..
abg or kakak..
selalu kalau kakak yang jadi anak sulungg..
wowww..garang giler kowt..
kalau abg yang jd anak sulung..
garang tetap garang gak..
tp boleh kautim maaa.. ;p

Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??
Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?
Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.
Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?

Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baik hati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah.

so kepada anak-anak sulung diluarsana..
bukan anda sorang yang menghadapi masalah ini..
semua anak-anak sulung didunia ini menghadapi dengan tabahnya..
so BERSEMANGATLAH!!!!!!!!!!


kredit to iluvislam.com


"Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

No comments: