Saturday, January 29, 2011

corat-coret - nak Jd SuperHero!!!!!

it's a bird,it's a plane...it's a superman..(superman ngah terbang nie..;p)
lajukan superman terbang..tak terkejar la..huhu..
aper2 pun..
salam semua...
jumpe lg kite di tempat yg sama(blog burukku..;p)
cube kita kenang balik mase kite kecik2..
sume ader superhero masing2..(tipu la kalau takder..;p)
superhero ader macam2..
yg dari barat..
yg dari jepun(nie best2)
yg dari sini pun ader(nie mase dah besar la..)
mcm2 jenis la..

tak terkira pakcik..ish3..
so seperti mana yg kita tau..
tugas superhero ngan penjahat sume sama..
apa dier murid2??.. 
superhero = menyelamatkan dunia
penjahat = nak takluk dunia
nie basic..sume tau..
tu yg minat tu..
dan secara tak langsung..
parents kite pun didik kita supaya jd kuat mcm superhero yg kita mnt..
cth : "boboy kne kuat..tgk mcm ultraman..mne tkot nak kne sunat..branie jer dier.."ini cnth..
tgk..dengan secara spontannye boboy pun masuk blik tersebut dengan rela hati..(msuk2 fire doc dulu..haha;p)
tu secara didikan yg kita dpt dari parents kita..
ok2..(klau cite psl kecik2..tak abis nnt..mcm2 peel ader..;p)
so aper yg aku nak tekankan disini adalah..
superhero di dunia yg sebenar..
ader ker..
means reality
errrmmmmm....aper ek..
besar ke, kecik ker, sume akan jdkan org2 terdekat sebagai idola a.k.a superhero..
mcm ayah ker, mak ker, abg n kakak ker.. 
dorank akan jd yg terBAIK utk anak2 n adik2 dorunk..
menjadi 'superhero' tok mereka..
kite pun kena jadi mcm dorunk gak..
kite kne wat diri kita seperti 'superhero'
supaya menjadi ikutan tok yg mengikut..
bkn suh g slamatkan org..haha..(tu polisnyer kjer)
superhero yg aku maskudkan nie adalah nilai2 yg murni,baik, coz kite role model tok adik2 kita..
dan kita sendiri sebagai umat islam ada rolemodel kita..
sape murid2..
Nabi Muhammad S.A.W..
so..nak share skit nasihat Luqmanul Hakim kpd anak2nya..
klau nak tgk kat dlm al-quran tgk surah Luqman.. ;)
antara nasihat2 yg Luqmanuk hakim bg kat anak dier..

-Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

-orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

-Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

-Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
                 

-Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

-Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

-Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

-Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

-Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

-janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

-Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

-Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

-Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

-Hai anakku; bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

-selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

-Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

-dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

-Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

-Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

-Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

-Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

-Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

so..
mcm yg aku ckp td..
kitalah yg menjadi 'superhero' utk org disekeliling kita..

jgn tgu org lain..
tak yah nak target jauh2..
dlm family pun ok..
tok adik2..
kite lah abg..kite lah kakak(stil keras lg ok..haha..)
sume kite leh jd..
kitelah cikgu bg dorunk..sume2lah..
mcm kate org tua2 la..
'bagaimana acuan, begitulah kuihnya'..
renung2kan lah nasihat luqmanul hakim




6 comments:

ashiqin said...

Hai anakku; bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

musang berjanggut : maaf , saya kurang jelas maksud ayat kat atas ni....boleh tlong huraikan?

musang berjanggut said...

ermm...
tak pandai sgt..
tp cube la ek..
klau kite tgk ayat dier..
maksud dier kat situ mcm mane nak cari kwn sejati..BFF la kan..
so proses nak mencari tu..
kite buat2 marah, klau dier suh kite sbr..ok la kowt..(tp skunk rmai yg pura2..dpn ok, blkang mcm aper jer..;p)
klau aper yg aku pham la..
kite mcm test dulu, uji dulu..
mksud dier kaji dlm2 la..
kite tgk perangai dier,aper dier suke n tak suke.
boleh bwk sembang tak mase tgh suke n duka..
klau dah kaji abis2..
bleh la jd bff..
klau time gaji jer melekat..
time sedih tak der..luperkan..
p/s- klau tak pham gak..tnyer org lg pkar..sory.. ;)

ashiqin said...

okay thanks,tapi macam mane pulak dgn kawan yang sudah lame kawan ngan kite , walaupun kite tau perangai die mcm mane n nak tgur pun tak berani buat masa ni or senang ckap tak tau macam mana nak bertrus terang ngan die pasal penipuan @ kepura-puraan die selama ni? tp kite still nak kawan ngan die sebenarnya tapi cuma sebab stu tabiat die yg satu ni buat kite rase annoyed kat die sometimes..tak kan kite nak tinggalkan je die without die tau sebabnye?

musang berjanggut said...

huhu..
kalau kes mcm tu payah skit la..
coz dier mmber lamer kan..
nak ckp salah..
tak ckp salah..
kate org..
berkate benarlah walaupun ia pahit..
kate org..bkn aku..hehe..
nak tak nak kne ckp gak la..
take ur time la..
biler nak ckp..
tak pun bg hint ker..
takpun suh org ckp ker..
tak pun tgur ala2 grau ker..(tgur smbil gelak2..;p)
mnew2 la..
klau aku la..
aku suke diam kan diri or menjauhkan diri..
;p

ashiqin said...

thanks bg idea n nasihat..........=)

musang berjanggut said...

same2..
mner yg boleh tlg..
kne tlg la..
huhu..
rajin2 la komen lg yer..
hehe..
;)))))))))))